Internet, Media Sosial dan sewatu dengannya, memanglah amat membimbangkan dan menunjukkan pelbagai kesan buruk terhadap masyarakat Islam pada masa kini .
Walaupun terdapat berbagai keburukan, namun tidak dapat dinafikan bahawa satu standard etika yang syumul dan menyeluruh amat diperlukan pada zaman ini bagi mengawal dan “mengadapkan” manusia.
Dengan satu harapan suci lagi murni, melahirkan umat Malaysia khususnya dan dunia amnya yang akan disegani kerana keluhuran budi dan akalnya.
a. Nilai Murni
Nilai murni ialah nilai yang baik yang dapat membina keharmonian, kekuatan dan pembangunan individu serta masyarakat . Nilai ini perlu dikembangkan bagi membendung pelbagai krisis yang dihadapi oleh masyarakat. Antaranya termasuklah nilai kejujuran, kesetiaan, keadilan dan sebagainya. Dalam dunia siber ini, di mana Internet menjadi senjata utama manusia, maka amat perlu dipastikan mereka yang terlibat di dalam dalamnya sentiasa terpandu dengan nilai ini. Sebagai contoh seorang pengguna Internet wajar tahu setakat mana hak penggunaannya. Pembuat laman web mesti sedar apakah berita yang disebarkan itu akan menambah nilai kepada masyarakat atau sebaliknya. Pengamalan kepada nilai murni ini pastinya akan membimbing manusia ICT.
b. Nilai Moral
Ia merupakan nilai asas dan fundamental di dalam pembinaan individu dan masyarakat. Mempertahankan kebaikan dan menolak keburukan serta tindakan yang memperjuangkan kebenaran perlu dipertingkat di dalam masyarakat dewasa ini. Semua manusia mesti sedar moral individu yang baik maka akan lahirlah satu masyarakat yang cemerlang.
c. Nilai Etika
Masyarakat yang beretika ialah masyarakat yang mempertahankan tanggungjawab moral dan social, membentuk individu sebagai anggota masyarakat yang komited terhadap peraturan dan lunas-lunas yang berhemah. Islam sebagai contoh telah menyediakan asas etika dan akhlak yang luhur untuk diamalkan oleh semua peringkat manusia di zaman siber ini. Asas sifat seperti Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fataonah wajar dipraktiskan dalam seluruh generasi ICT. Sikap Siddiq yang bermaksud “benar” amat besar perananya dalam hidup manusia. Permasalahan kerakusan “manusia pornografi” akan dapat diatasi jika manusia seluruhnya sentiasa memastikan setiap tindakan mereka sentiasa benar. Hal ini hanya dapat dipastikan jika manusia itu punyai iman dan pekerti yang luhur. Amanah sebagai standard umum perbuatan manusia akan melahirkan generasi yang “success” dalam segenap lapangan. Penyebar maklumat yang amanah akan sentiasa memastikan bahan yang disebar adalah betul dan tepat dan akan dipertanggungjawabkan di kemudian hari. Didikan terhadap perbuatan amanah ini mestilah dilakukan sejak manusia itu diperingkat “rebung”. Sifat Tabligh pula akan memastikan amalan menyuruh manusia berbuat kebaikan dan melarang manusia berbuat kejahatan akan berterusan. Setiap individu yang terlibat secara landsung ataupun tidak secara lansung dalam dunia Internet dan maklumat sewajarnya faham akan maksud “tabligh”. Manakala sifat atau standard Fatonah juga sewajarnya disebarluaskan dikalangan umat ICT. Fatonah yang bermaksud bijaksana akan mendorong manusia sentiasa berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu di dalam Internet. Jika sifat ini berjaya ditanam dalam jiwa manusia seluruhnya maka standard etika yang cemerlang akan berjaya diaplikasikan dalam masyarakat dunia. Hal ini kerana, “the character of the Muslim community is not determined by the rituals alone”. Muslim mesti mengetahui bagaimana untuk memperbetulkan segala serangan dan dakyah yang dilontar terhadap mereka.
d. Nilai Kerohanian
Nilai kerohanian tidak dapat dinafikan akan kepentingannya. Ia menjadi benteng ulung bagi membina kekuatan, ketahanan dan peribadi seseorang. Jiwa yang kuat akan melahirkan individu yang cemerlang. Sebagai sebuah masyarakat malaysia yang unggul maka sewajarnya kita biasakan diri dengan nilai kerohania yang mulia. Malaysia akan dipandang mulia jika masyarakatnya berhati budi dalam segenap perkara, samada dari aspek hubungan individu hinggalah ke aspek ICTnya.
e. Nilai Budaya
Nilai budaya ialah nilai-nilai yang mencorakkan kehidupan sesuatu masyarakat atau bangsa. Budaya masyarakat melayu terkenal dengan identiti tersendiri yang dipengaruhi kuat oleh adat, kepercayaan, tradisi, kemasyarakatn, bahasa, baik hati, dan lain-lain lagi. Nilai budaya yang baik . Jika dilihat Malaysia sebagai sebuah negara yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi negara maka sewajarnya nilai-nilai baik ini disebarluaskan diseluruh pelusUk negara. Kepenggunaan Internet harus diterima dengan hati yang terbuka, tetapi ia harus di pandu dengan etika dan akhlak mulia agar menjadi budaya masyarakat Malaysia, melayari Internet untuk mencari maklumat adalah satu kebiasaan dan maklumat yang diakses hanyalah maklumat yang dapat memantapkan minda dan hati nurani. Penyemaian nilai hormat wajar diberi keutamaan. Meletakkan nilai hormat yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak ajaran mulia agama dalam institusi ICT dewasa ini adalah satu kemestian.
f. Nilai Jujur
Kejujuran adalah asas dalam perlakuan manusia. Bagi seseorang muslim setiap amal mereka dinilai berdasarkan kepada eikhlasan dan kejujuran. Nabi Muhammad menjelaskan dalam hadis baginda yang bermaksud “ Setiap amal bermula dengan Niat”. Satu perkara yang dapat kita laksanakan ialah memaparkan pada papan skrin mengenai etika melayari laman web. Ia dapat membantu mendidik seseorang daripada melakukan sesuatu yang salah dan membina kejujuran diri.
Comments
Post a Comment