Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan yang mengancam , memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti : mesej teks chatting e-mel laman web sosial telefon bimbit permainan internet. Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli orang lain, buli siber mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 ...