Buli siber adalah satu kejadian yang biasa berlaku dan kian meningkat. Insiden sebenar kejadian buli siber tidak diketahui kerana ramai mangsa buli siber tidak tampil untuk mendapatkan bantuan. Buli siber adalah perbuatan yang mengancam , memalukan atau menakutkan seseorang melalui medium elektronik seperti : mesej teks chatting e-mel laman web sosial telefon bimbit permainan internet. Perbuatan buli siber lebih dahsyat daripada perbuatan membuli orang lain, buli siber mempunyai ciri-cirinya tersendiri. Pembuli siber sukar untuk dikenalpasti kerana mereka boleh merahsiakan identiti sebenar.Pembuli siber tidak seperti pembuli yang lain kerana ia berlaku dalam dunia siber yang tidak bersempadan. Ini menyukarkan mangsa untuk melindungi diri mereka.Pembuli siber lebih mudah bersekongkol berbanding pembuli jenis lain kerana bilangan individu yang boleh turut serta tidak dihadkan dalam dunia siber. Buli siber boleh berlaku selama-lamanya, iaitu 24 ...
Jika kita sebagai masyarakat sering melakukan ibadat yang mencukupi dan sentiasa membaca Al-Quran supaya rasa kehidupan akhirat terasa lebih penting dari kehidupan sekarang.. Maka melakukan dosa dengan sengaja akan menjadi perkara paling payah. Masalahnya bukanlah pornografi semata-mata, tetapi hakikatnya adalah hati yang tidak cukup lembut, tidak cukup rendah dan tunduk kepada Tuhan. Inilah masalah yang perlu diperbaiki. Dan cara menanganinya adalah dengan mendedikasikan masa sekurang-kurangnya sejam setiap hari untuk beribadat — solat sunat, membaca al-Quran atau berdoa setiap kali selepas solat fardhu. Bila kita dapat melakukan ini selama beberapa hari, InsyaaAllah hati kita akan menjadi lembut dan tunduk. Kesedaran kita tentang Allah itu Maha Memerhati akan meningkat. Kemahuan kita untuk beribadah juga melalui perbuatan baik akan meningkat, sehingga kita memasuki keadaaan di mana tidak terfikir tentang dosa. Sentiasa tanyakan kepada diri kita: Pentingny...