Skip to main content

Bicara Malam : Langkah mengatasi permasalahan di kalangan remaja dalam dunia siber

Permasalahan di kalangan remaja dalam dunia siber

Peranan pihak swasta dan masyarakat diperlukan untuk mengatasi masalah ini. Oleh itu, pengusaha pusat kafe siber,pusat hiburan, restoran dan sebagainya haruslah sama-sama membendung gejala ini dengan melarang remaja yang berusia 18 tahun ke bawah atau para pelajar yang melepak di premis jualan mereka. 

Begitu juga orang ramai di pasar disarankan agar membuat laporan kepada pihak sekolah jika ternampak para pelajar yang melepak dan rayau-rayau semasa waktu persekolahan sedang berlangsung. Badan bukan kerajaan atau NGO boleh mengadakan pelbagai aktiviti seperti sukan, kelas kemahiran, dan keagamaan untuk mengisi masa remaja yang terluang terutamanya semasa cuti persekolahan atau semasa pelajar menunggu keputusan peperiksaan. Jadi, kerjasama daripada masyarakat diperlukan untuk membendung masalah ini.

Comments