Sebagai umat Islam, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membasmi segala bentuk perpecahan yang boleh membawa kepada kemunduruan umat Islam. Oleh itu, dalam usaha untuk mendidik masyarakat bagi menghadapi golongan yang suka fitnah menfitnah ini ,al-Imam al-Ghazali ada menjelaskan langkah-langkah perlu diambil oleh umat Islam,
1. Menolak berita yang disampaikan oleh golongan kaki fitnah. Hal ini adalah kerana golongan ini dianggap fasik. Orang yang fasik tidak boleh diberi kepercayaan terhadap berita-berita yang dibawanya.
2. Menunjukkan kemarahan dan kebencian kepada penabur fitnah tersebut kerana Allah S.W.T. juga marah dan bencikan golongan ini.
3. Melarang penfitnah itu daripada meneruskan usahanya menfitnah kerana perintah Allah S.W.T. yang menyuruh mencegah segala bentuk kemungkaran.
4. Menolak daripada bersangka buruk terhadap orang yang menjadi mangsa fitnah tersebut kerana bersangka buruk ini merupakan satu dosa di sisi Islam.
5. Jangan mengintip dan mencari kesalahan yang difitnahkan melainkan bagi penguasa yang dipertanggungjawabkan untuk membuktikan kebenaran yang terfitnah kerana perbuatan mencari-cari keburukan merupakan satu dosa.
6. Menghindarkan diri dan menanamkan ketidaksukaan kepada diri daripada menceritakan pula fitnah yang didengar kepada orang lain kerana dengan perbuatan itu dirimu juga akan tergolong golongan penfitnah yang dibenci .
Allah S.W.T. berfirman:
Maksud:" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalab dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu. patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah: sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. "
(Surah al-Hujerat, 49:12)
Sumber: http://eprints.utm.my/id/eprint/55544/1/KamarulAzmiJasmi2005_MendidikMasyarakatTentangBahayaFitnah.pdf

Comments
Post a Comment