Pada masa kini, isu fitnah ini bukan sahaja berbentuk percakapan antara dua pihak namun juga dalam bentuk penulisan. Misalnya, dalam komunikasi massa terutamanya dalam blog juga turut wujudnya fitnah. Mana tidaknya, apa yang ditulis oleh orang tidak bertanggungjawab ini boleh menghancurkan perpaduan kaum dan keharmonian yang telah lama terjalin pada suatu ketika dulu. Fitnah merupakan satu perbuatan yang terkutuk dan sangat dicela oleh mana-mana agama.
Dengan kemajuan teknologi serta perkembangan yang terlalu pesat, setiap berita, cerita, fitnah dan sebagainya dapat disebarkan dengan lebih mudah dan cepat. Malah ianya tersebar tanpa pengawasan daripada pihak yang berwajib. Oleh itu, masyarakat perlu sedar bahawa penggunaan teknologi dengan cara yang tidak betul akan mengundang pelbagai masalah. Ianya bukan hanya melibatkan masalah yang kecil-kecil sahaja malah, melibatkan hal-hal yang besar seperti melibatkan soal agama, negeri, bangsa dan sebagainya. Dengan kemajuan yang ada perkembangan teknologi dapat membantu dan memudahkan urusan harian seseorang.
Jenayah fitnah merupakan satu aktiviti yang tidak sihat. Ianya boleh berlaku tanpa sempadan serta tidak mengira waktu dan tempat. Jenayah ini dilakukan oleh individu yang tidak mempunyai kesedaran nilai-nilai murni dan tidak bertanggungjawab. Mereka boleh menyiarkan apa-apa saja maklumat tanpa mengambil kira kesahihan maklumat tersebut. Hal ini menjadi bertambah runsing apabila setiap maklumat yang disiarkan akan mendapat sambutan daripada pembaca-pembaca.
Lebih menyedihkan ramai daripada kalangan pembaca akan berkongsi maklumat tersebut dengan pihak lain tanpa menganalisis kesahihan maklumat tersebut. Budaya menyebarkan fitnah melalui alam siber seperti di facebook, twitter, blog dan sebagainya telah menjadi satu kebiasaan dan semakin popular dalam kalangan masyarakat. Malah ianya turut menjadi satu kewajipan bagi sesetengah individu yang suka menyebarkan berita palsu dan panas.
Sumber : https://nenasintelligent06.wordpress.com/penyebaran-fitnah/

Comments
Post a Comment