Skip to main content

Bicara Pagi : Kesan - Kesan Fitnah dari Media Sosial kepada Masyarakat





Fitnah bukan sahaja merupakan perbuatan yang terkutuk dan dilaknat oleh Allah S.W.T. Namun, penyebaran fitnah menerusi internet kini telah menjadi satu fenomena baru yang mendatangkan banyak keburukan kepada masyarakat

Fitnah ialah satu perkara besar yang boleh merosakkan persaudaraan dan perpaduan. Kesan daripada perbuatan itu bukan hanya merugikan seorang dua, malah menyebabkan permusuhan, pertelagahan serta hilangnya perasaan kasih sayang, hormat dan kepercayaan dalam kalangan masyarakat.  

Apabila ukhuwah serta semangat persaudaraan luntur, maka lenyap dan runtuhlah kebahagiaan dan kemanisan hidup bermasyarakat. Oleh itu, hilanglah sifat permuafakatan dalam kalangan masyarakat dan berkuranglah amalan kemasyarakatan antara mereka yang telah dipupuk sejak azali lagi. Kehidupan bermasyarakat mereka juga akan huru-hara dan porak peranda akibat permusuhan.                                                                                                                                               Sumber : http://persepsimuslimah.blogspot.com/2018/02/kesan-kesan-berlaku-fitnah-di-media.html

Comments