Jika
kita sebagai masyarakat sering melakukan ibadat yang mencukupi dan sentiasa membaca Al-Quran
supaya rasa kehidupan akhirat terasa lebih penting dari kehidupan sekarang..
Maka melakukan dosa dengan sengaja akan menjadi perkara paling payah.
Masalahnya
bukanlah pornografi semata-mata, tetapi hakikatnya adalah hati yang tidak cukup
lembut, tidak cukup rendah dan tunduk kepada Tuhan.
Inilah
masalah yang perlu diperbaiki.
Dan
cara menanganinya adalah dengan mendedikasikan masa sekurang-kurangnya sejam
setiap hari untuk beribadat — solat sunat, membaca al-Quran atau berdoa
setiap kali selepas solat fardhu.
Bila
kita dapat melakukan ini selama beberapa hari, InsyaaAllah hati kita akan
menjadi lembut dan tunduk.
Kesedaran
kita tentang Allah itu Maha Memerhati akan meningkat.
Kemahuan
kita untuk beribadah juga melalui perbuatan baik akan meningkat, sehingga kita
memasuki keadaaan di mana tidak terfikir tentang dosa.
Sentiasa
tanyakan kepada diri kita: Pentingnya tak kehidupan akhirat kepada
kita?
Sekiranya
ia terasa jauh dan tidak penting, maknanya kita telah gagal untuk meletakkan
Tuhan berada di dalam hati.
Inilah
yang mesti kita usahakan untuk diperbaiki.
Kita
harus tahu bahawa semua amalan-amalan kita dicatat adalah benar.
Kita
harus sentiasa berusaha untuk menambah amalan baik, dan bimbang tentang
dosa-dosa yang telah tercatat,
Kita
perlu terus-menerus memohon ampun, kerana kita tidak akan pernah pasti apakah
Tuhan telah mengampuni semua dosa-dosa kita.
Sebaik
sahaja akhirat terasa begitu nyata, ia akan menimbulkan emosi dalam diri kita
(bila memikirkan Syurga membuat kita merasa teruja dengan kenikmatan, dan
memikirkan Neraka menyebabkan kita takut), maka kita tahu bahawa kita akhirnya
berjaya mengimbangi kehidupan sekarang dengan kehidupan akhirat.
Ketagih
melakukan dosa akan berlaku apabila seseorang itu terikat pada kehidupan
sekarang (dunia), apabila kehidupan akhirat hanyalah dirasakan bukan sesuatu
yang nyata, dan hidup hanyalah tentang makan dan minum.
Inilah
penyakit yang perlu dirawat, dan menyembuhkan ia akan menyembuhkan semua sekali
dosa, bukan sekadar dosa tertentu sahaja.
Oleh
itu, lakukan segala yang kita boleh untuk menyebabkan kehidupan akhirat
dirasakan nyata di dalam hati kita
Bacalah
Al-Quran, berdoa kepada Allah, dan terus berdoa, sehingga hatimu tunduk kepada
Allah.
Dan
ulangi perkara ini setiap hari.
Ini
bukanlah sesuatu yang kita lakukan seperti mengumpul piala.
Iman
adalah sesuatu yang sentiasa perlu ditambah dari masa ke semasa, setiap hari
dalam hidup kita.
Kita mesti
berusaha setiap hari untuk mengekalkan kehidupan akhirat di dalam hati
kita.Tanpa usaha ini, tidak kira apa kejayaan jangka pendek yang telah kita
capai untuk menghindari dosa, kita akan tetap jatuh kembali ke dalamnya.
Tuhan
tidak akan membebankan kita melebihi apa yang kita dapat tanggung.
Sekiranya
anda tidak dapat menghentikan tabiat ini, maka mohonlah keampunan, membaca
Al-Quran, dan solat tahajjud.
Allah
tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat
pahala kebaikan yang di usahakannya, dan ia juga menanggung seksaan daripada
kejahatan yang diusahakannya.“
— Surah Al Baqarah,
ayat 286
Ini
adalah urusan hati diantara kita dan Tuhan.
Allah
Maha Baik dan Maha Memahami, dan Dia lebih mengenali kita daripada diri kita
sendiri.
Dia
akan melihat keikhlasan dan usaha kita, dan inilah yang paling penting.
Comments
Post a Comment