PENDAHULUAN
Media massa mempunyai peranan yang sangat penting dalam era globalisasi kini. Era globalisasi memiliki pengaruh yang kuat di setiap dimensi kehidupan masyarakat. Media massa merupakan salah satu bentuk kemajuan teknologi informasi dan komunikasi. Peranan komunikasi sangat penting untuk menentukan penyampaian informasi. Sejajar dengan kemajuan teknologi komunikasi yang kian pesat, maka kaedah komunikasi juga turut mengalami kepesatan perkembangannya.
Media Massa merupakan saluran yang digunakan untuk menyampaikan maklumat kepada masyarakat. Terdapat dua jenis media massa iaitu media elektronik dan media cetak. Media elektronik merangkumi televisyen, radio dan internet manakala media cetak pula merangkumi akhbar, majalah, buku dan sebagainya. Kini, media elektronik seperti internet merupakan saluran yang paling banyak digunakan oleh masyarakat untuk menyampaikan atau menerima maklumat berkaitan sesuatu isu. Hal ini disebabkan internet lebih cepat dan pantas dalam memberi atau menerima maklumat. Media juga menjadi pencetus minda masyarakat kita ke arah lebih kreatif dan kritis.
PENGARUH MEDIA MASSA TERHADAP PERUBAHAN SOSIAL MASYARAKAT
Pesatnya perkembangan teknologi informasi dan komunikasi seperti media massa, menyebabkan terjadi perubahan secara cepat dimana-mana.Media massa sedikit demi sedikit membawa masuk masyarakat ke suatu pola budaya baru dan mulai menentukan polar pola fikir serta budaya perilaku masyarakat. Tanpa disedari media massa telah ikut mengatur jadual hidup kita serta menciptakan sejumlah keperluan. Keberadaan media massa dalam menyediakan informasi ke arah memacu perubahan serta banyak membawa pengaruh pada pola kehidupan masyarakat kini. Media massa berkembang daripada hanya penggunaan budaya lisan, iaitu pengucapan dan penyebaran maklumat daripada mulut yang kemudian ditambah menjadi senjata yang tajam iaitu melalui tulisan di media cetak. Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara –suara yang lain. Cohen, B.,(1960) seorang tokoh komunikasi berpendapat bahawa meskipun media tidak memberi tahu apa yang harus kita pikirkan, tetapi memengaruhi apa yang kita pikirkan.
Pengaruh Positif
Kesan positif media massa terhadap masyarakat ialah masyarakat akan memperolehi sesuatu berita dengan lebih pantas. Contohnya, berita- berita luar negara, walaupun berada di negara yang berbeza namun maklumat dan informasi dengan pantas melalui media massa. Hal ini akan menyebabkan masyarakat bersikap lebih peka terhadap isu-isu semasa.
Selain itu melalui penggunaan internet dan telefon bimbit membolehkan masyarakat keluar dari kepompongnya. Hal ini kerana apabila adanya interaksi dua hala antara sesuatu masyarakat dengan masyarakat yang lain maka kita dapat melihat dari sudut pandangan berdasarkan kacamata kita sahaja. Sebaliknya kita akan membuat penilaian mengenai masyarakat luar juga.
Pertukaran idea dan pendapat ini mampu mendorong masyarakat untuk berusaha kearah yang lebih baik. Selain itu media amat mempengaruhi kesan kognitif media seperti pembentukkan sikap iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan ekonomi, politik, agama, keaamanan mahupun berita semasa. Contohnya media massa memaparkan kempen-kempen seperti kempen membaca, kempen Cintai Alam Sekitar dan sebagainya dilihat Berjaya untuk mempengaruhi masyarakat untuk menyertainya. Apabila adanya penyertaan oleh masyarakat iaitu sambutan yang menggalakkan maaka ianya menjustifikasikan bahawa khalayak mampu dipengaruhi oleh media massa.
- Bidang sosial dan budaya
- Dapat mengetahui budaya lain.
- Teknologi membentuk suatu budaya baru dalam masyarakat.
- Masyarakat akan lebih cepat mendapatkan informasi-informasi yang lebih tepat dan terbaru melalui internet.
- Media memberikan contoh teladan yang bijak untuk mengubah perilaku masyarakat.
- Menyebarkan nilai-nilai murni.
Pengaruh Negatif
Media massa merupakan salah satu alat untuk menyebarkan informasi, pesanan, pendapat, rumor, gossip, propaganda dan sebagainya kepada masyarakat secara keseluruhannya. Sebagai contoh, di era globalisasi ini, setiap perubahan berlaku dengan pantas seperti rekaan fesyen, muzik, selera makanan- minuman, semua turut berubah mengikut masa. Begitu juga dengan media massa. Media massa di zaman era globalisasi ini dengan adanya televisyen, radio, majalah, telefon bimbit yang canggih (smart phone) mengakibatkan berita yang tersebar semakin tidak berkualiti bahkan kadang- kadang berita yang belum dikenal pasti atau merupakan satu fitnah.
Pengaruh negatif yang lainnya adalah, media massa zaman sekarang yang biasa diatur penyiarannya. Di era globalisasi ini, banyak sekali orang yang ‘menghalalkan’ segala cara. Jadi media massa yang menjadi wadah untuk menyampaikan berita pun merebak kekeseluruhannya.
- Mengubah gaya hidup seseorang.
- Teknologi digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.
- Acuh terhadap persoalan yang terjadi pada masyarakat.
- Kekuatan media massa mempengaruhi gaya hidup seseorang
Tidak dapat dinafikan lagi, sebagai contohnya, media massa merupakan penyumbang utama kepada keruntuhan moral di kalangan belia. Program-program televisyen khasnya, lebih mementingkan hiburan daripada maklumat. Tayangan-tayangan filem barat dan hindustan. Contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adeganadegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail ataupun gaya dan aksi artis pujaan mereka. Secara tidak langsung, ianya mencetus kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti seterusnya terlibat dalam gejala hindunisme ini.
KESIMPULAN
Media amat berpengaruh dalam masyarakat dalam apa jua keadaan termasuklah untuk melestarikan kehidupan masyarakat. Media massa pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan maklumat dan komunikasi semata-mata. Kemudian media massa turut menjadi sumber hiburan dan kini media terus bergerak mengalami transformasi bukan sekadar sebagai peantara menyebarkan maklumat dan hiburan, tetapi juga sumber pelbagai aktiviti lain termasuk baik dan buruk. Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain. Jesteru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada semua golongan masyarakat. Ini kerana masyarakat kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka.
SUMBER : http://ejournal.ukm.my/ebangi/article/download/15599/4860



Comments
Post a Comment